Notice: get_settings is deprecated since version 0.0! Use get_option() instead. in /home/doiwl/public_html/wp-includes/functions.php on line 2970

Notice: get_settings is deprecated since version 0.0! Use get_option() instead. in /home/doiwl/public_html/wp-includes/functions.php on line 2970

about jpa again

doiwl 1 January 1970 7:59 am

10,000 pelajar mohon ikuti program ijazah luar negara Oleh Syuhada Choo Abdullah
JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) menerima lebih 10,000 permohonan daripada lulusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 untuk ambilan program pengajian ijazah ke luar negara, tahun ini.
Ketua Penolong Pengarah, Unit Dasar Pandang Ke Timur, Bahagian Latihan JPA, Mansor Ibrahim, berkata permohonan itu diterima untuk program pengajian di bawah tajaan JPA ke pelbagai negara, termasuk Jepun, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebahagian permohonan adalah untuk kemasukan program Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) sesi 2005/2006 yang disediakan di bawah Dasar Pandang Ke Timur.

“Hanya kira-kira 160 calon terpilih untuk ambilan program RPKJ kali ini, sekali gus menggambarkan kepada ibu bapa dan pelajar terbabit betapa sengitnya persaingan mendapatkan peluang tajaan mengikuti pengajian ke luar negara.

“Justeru, pelajar terpilih adalah bertuah dan harus bersyukur atas peluang keemasan ini kerana calon lain yang tidak berjaya sebenarnya juga memiliki pencapaian cemerlang dalam keputusan SPM mereka.

“Tambahan pula, mereka ditaja biasiswa penuh. Sejak diperkenalkan pada 1982, lebih 2,000 pelajar sudah dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun melalui program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis taklimat kepada 160 pelajar berkenaan dan ibu bapa mereka sempena Program Haluansiswa Pelajar RPKJ (Tahun 1) Sesi 2005/2006 di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (UM), semalam. Hadir sama Pengarah pusat berkenaan, Prof Madya Dr Azilah Abd Rahman.

Dalam konteks berkaitan, Mansor menegaskan, tanggapan segelintir pelajar bahawa program pengajian ke negara barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom adalah lebih berprestij berbanding Jepun, jelas tidak tepat.

Sebaliknya, beliau berkata, Jepun adalah negara maju, terutama dalam bidang sains dan teknologi tinggi, malah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sana memiliki kelebihan dari segi penguasaan bahasa Jepun.

“Bukan itu saja, peluang kerjaya yang luas juga menanti graduan dari Jepun. Kebanyakan graduan berkenaan sedang bekerja di syarikat Jepun di negara itu mahupun di Malaysia.

“Bulan lalu, kita mengadakan majlis meraikan pelajar program RPKJ yang berjaya menamatkan pengajian dari Jepun dan rata-rata semua sudah mendapat tawaran pekerjaan.

“Malah, ada di kalangan pelajar berkenaan yang tidak balik kerana memperoleh tawaran pekerjaan daripada syarikat Jepun di negara itu,” katanya.

Sementara itu, Dr Azilah dalam ucapannya pula berkata, penekanan utama pengajian RPKJ ialah untuk memastikan pelajar terpilih memperoleh kemahiran bahasa Jepun.

Selain itu, katanya, pengetahuan dan penguasaan asas dalam mata pelajaran Sains, termasuk Matematik, serta Bahasa Inggeris juga dipertingkatkan.

“Pengajian yang mengambil masa dua tahun ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu tahun pertama, Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris, dengan subjek Fizik, Kimia dan juga Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

“Bagaimanapun pada tahun kedua, Fizik, Kimia dan Matematik akan diajar dalam bahasa Jepun. Peperiksaan akan dikendalikan secara berterusan pada tahun pertama dan kedua.

“Selain itu, pelajar juga akan menduduki Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti-universiti Jepun (EJU) dan yang utama Peperiksaan Monbukagakusho yang bakal menentukan penempatan mereka di Jepun.

“Pelajar perlu lulus tahun pertama sebelum dibenarkan naik ke tahun kedua. Jika pelajar gagal dalam mana-mana peperiksaan tahun pertama dan tahun kedua, mereka akan dikeluarkan daripada program ini.

“Apabila berjaya menamatkan pengajian selama dua tahun di Pusat Asasi Sains UM, pelajar akan melanjutkan pelajaran selama empat tahun di Jepun pada Mac 2007,” katanya.

Trackback URI |
Notice: comments_rss_link is deprecated since version 0.0! Use post_comments_feed_link() instead. in /home/doiwl/public_html/wp-includes/functions.php on line 2970
Comments RSS


Leave a Reply