Notice: get_settings is deprecated since version 0.0! Use get_option() instead. in /home/doiwl/public_html/wp-includes/functions.php on line 2970

Notice: get_settings is deprecated since version 0.0! Use get_option() instead. in /home/doiwl/public_html/wp-includes/functions.php on line 2970

Minister of Misinformation

doiwl 15 November 2007 4:27 am

I like this video clip very much! That doesn’t mean that I support the report style of RTM or al-Jazeera, since I am not sure how the demonstration is being portrayed in those news.

I like the rebuttal part from LKS… haha

Transcript below.

Tuan Raimi bin Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Yang di Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya mengakui setiap berita yang dikeluarkan mempunyai kepentingan tersendiri, seperti yang berlaku baru-baru ini sebuah agensi berita luar negara telah membuat laporan berat sebelah berhubung dengan satu perhimpunan haram yang sehingga menggambarkan negara kita benar-benar berada dalam pergolakan.

Soalan tambahan saya Timbalan Menteri, bagaimanakah RTM dapat perbetulkan fakta ini dan bagaimana pula tindakan lanjut ke atas mana-mana agensi asing yang menyiarkan maklumat yang tidak betul ini? Terima kasih Tuan Yang di Pertua.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: RTM dalam laporan kepada peristiwa baru-baru ini memperlihatkan bahawa demonstrasi berkenaan tidak seharusnya menjadikan sebagai suatu medium untuk menagih sokongan rakyat. Walaupun RTM menjadikan cerita sebagai lead story, dengan izin Tuan Yang di Pertua. Namun kita menggambarkan bahawa demonstrasi itu bukanlah cara yang betul untuk menagih sokongan dari rakyat kerana demonstrasi akan merosakkan imej negara. Demonstrasi bukan cara yang demokratik untuk mendapat pengaruh politik malah demonstrasi akan meranapkan kepercayaan pelabur-pelabur asing untuk terus melabur ke negara kita.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan, adakah berita RTM satu saluran berita atau saluran propaganda? Satu saluran berita atau saluran propaganda sebenarnya Yang Berhormat Menteri Penerangan ada menuduh Al-Jazeera dengan izin “of unfair reporting and conspiring with the opposition to paint an untrue picture of situation in Malaysia”. Bukankah sebenarnya yang guilty ialah RTM yang adalah membuat yang adalah membuat satu gambaran yang tidak benar yang berat sebelah. Tidak berani pun sebut mengenai bilangan perhimpunan yang aman. 40 ribu, 50 ribu; kata 4 ribu IGP dan yang buat konspirasi dengan parti-parti politik ialah RTM dan Barisan Nasional untuk memberi satu gambaran yang tidak benar. Semalam menteri kata bahawa perhimpunan aman itu tidak menakutkan pelabur-pelabur, itu benar…

Tuan Yang di Pertua: Yang Berhormat, jangan buat syarahan…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ..yang menakutkan pelabur-pelabur ialah apa yang tidak adil dalam dasar-dasar kerajaan dan bukan perhimpunan yang demokratik.

Tuan Yang di Pertua: Yang Berhormat, cukup-cukup…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bolehkah Yang Berhormat, confirm sebenarnya orang yang akan menapiskan sama ada berita sahih atau tidak sahih. Selain daripada pegawai-pegawai yang disebutkan ialah Menteri Penerangan, ‘Minister of Misinformation’. Dalam interview dengan Al-Jazeera ada disebut “He has made a fool of himself” memalukan negara dan tidak patut menjadi Menteri Penerangan.

Tuan Yang di Pertua: Cukup-cukup Yang Berhormat cukup….

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sebab itu dia tidak ada di sini kenapa dia lari, takut. Where is the…[Dewan riuh]

Tuan Yang di Pertua: Cukup-cukup Yang Berhormat cukup…

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Tan Seri Yang di Pertua, Menteri saya tidak di sini bukan kerana dia takut. Saya pun boleh ambil alih tempat dia jawab setakat soalan yang tidak ada standard itu. [Tepuk]

Saya harap Yang Berhormat tarik balik nama jawatan itu sebagai ‘Minister of Misinformation’, saya harap tarik balik.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ‘Minister of Misinformation’ dan disinformation.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Tarik balik. [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: and you are ‘Deputy Minister of Misinformation’.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Tarik balik, ini kerana Yang Berhormat, sendiri…

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Betul-betul.

Tuan Fong Kiu Lun [Bukit Bintang]: Betul-betul.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Misinformation.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Betul-betul. Misinformation. [Dewan riuh]

Tuan Yang di Pertua: Yang Berhormat Menteri

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Kalau dikatakan oleh Tenom bahawa Al-Jazeera itu memang berat sebelah, laporan itu memang berat sebelah seolah-olah digambarkan seluruh Malaysia berada dalam keadaan yang cukup un-ruling.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Itulah misinform…

Trackback URI |
Notice: comments_rss_link is deprecated since version 0.0! Use post_comments_feed_link() instead. in /home/doiwl/public_html/wp-includes/functions.php on line 2970
Comments RSS


Leave a Reply